M
MUHAMMAD AMIRUL ASYRAF BIN ABDUL HAMID REN27912 1 minggu yang lepas 🗿 Leader Sharing Open
30 Sep 2026, 02:33

Jujur dan Berterus Terang



Saya nak kongsi satu pengalaman sebenar yang pernah saya lalui di lapangan. Bina kepercayaan dengan klien kita.

Dalam situasi ini, yang terlibat ialah owner dan buyer. Cabaran utama masa tu ialah klien tinggal di Sabah atas urusan kerja tetapi klien berminat untuk beli rumah pelaburan di Melaka.Jarak dan keterbatasan waktu menyebabkan klien susah hendak viewing rumah.

Apa yang saya buat ketika itu ialah buatkan video house tour dan ambil gambar rumah dari segala sudut.Highlightkan kebocoran dan kerosakan rumah tanpa selindung. Akhirnya, klien berminat dengan rumah yang ingin dijual atas faktor harga yang berpatutan dan juga ejen berterus terang tentang keadaan rumah.Klien terus booking walau hanya virtual viewing.

Lesson paling besar yang saya belajar ialah jarak bukan penghalang dalam sesuatu deal.Selagi mana kita jujur dan berintegriti dalam setiap deal kita.InsyaAllah dipermudahkan urusan. Kalau situasi sama berlaku lagi, saya akan semasa inspection rumah ingin dijual,sediakan video house tour.

Harap ada satu point daripada sharing ni yang korang boleh ambil dan terus praktikkan.

— Asyraf Hamid

KATEGORI:

Leader Sharing

Discussion

Comments

0
Login to comment on this question.

No comments yet.

Categories
Filter