A
ATIRAH AZAMI -14 1 minggu yang lepas 🗿 Leader Sharing Open
29 Sep 2026, 03:17

Kesilapan Biasa Yang Saya Nampak Agent Buat

CONTENT:

Ada satu kesilapan yang saya selalu nampak ejen buat, iaitu bukan tak pandai bukan tak rajin tapi strategy selalu berubah.

Saya rasa ramai terjebak dengan perkara ini kerana terlalu banyak benda berubah sebelum satu strategy sempat matang. Bila dibiarkan, kesannya boleh jadi agent akan senang burn out sebab kena buat macam2 strategy, hujung-hujung tak productive, xde sale.

Saya sendiri pernah melalui perkara yang sama. Aku sendiri pun rasa benda yang sama sebab sekarang agent kena aktif kat banyak platform. Apa yang saya belajar, cara yang lebih baik ialah marketing perlukan repetition + data. Kadang-kadang kau bukan perlukan strategy baru. Kau perlukan buat strategy yang sama cukup lama untuk nampak pattern.

Nasihat saya mudah: 1. Jangan cepat tukar strategi — bagi satu strategi masa untuk menjadi. 2. Fokus pada sales, bukan sekadar content — content penting, tapi follow-up yang bawa kepada viewing & booking. 3.Jangan kejar semua benda serentak — pilih yang betul-betul beri hasil. 4.Konsisten walaupun perlahan — jangan buat banyak hari ni, kemudian hilang seminggu.

Harap ada satu point daripada sharing ni yang korang boleh ambil dan terus praktikkan.

— Athirah

KATEGORI:

Leader Sharing

Discussion

Comments

0
Login to comment on this question.

No comments yet.

Categories
Filter