N
NUR KHOLILAH KAMAROZZAMAN REN49932 1 bulan yang lepas 🗿 Leader Sharing Open
04 Sep 2026, 01:34

Kesilapan Biasa Yang Saya Nampak

TITLE FORUM:

Kesilapan Biasa Yang Saya Nampak

CONTENT:

Ada satu kesilapan yang saya selalu nampak ejen buat, iaitu kita dahulukan emosi semasa respon kepada clients tak kira pembeli mahupun penjual.

Saya rasa ramai terjebak dengan perkara ini kerana mungkin kita selalu fikir semua clients sepatutnya tahu proses jual beli property tapi kita lupa, yang pakar dalam bidang ni sudah tentu Ejen hartanah sebab kita deal proses tu hampir hari2 dan kitalah yang lebih arif. Kadang2 clients ni, kita dah inform di awal proses tapi dia terlupa dan bila client beremosi (erti kata lain: menyalahkan ejen), kita turut sama beremosi semasa menyelesaikan masalah. Tercetuslah perbalahan. Bila dibiarkan, kesannya boleh jadi perbalahan, perkara tak dapat diselesaikan dengan baik dan image ejen juga mungkin tercalar / tidak lagi dipercayai dan sukar mendapat referral/recommendation daripada existing clients.

Saya sendiri pernah melalui perkara yang sama. Pernah. masa awal2 berkecimpung dalam bidang hartanah. Tidak pandai kawal emosi. Cuba selesaikan masalah semasa emosi tak baik dan memuncak. Apa yang saya belajar, cara yang lebih baik ialah sepatutnya, perlu bertenang, diam dan buat kerja lain dulu. Jangan terus respon terhadap clients yang sedang marah @ sedang beremosi @ sedang provoke. Pilih untuk diam dahulu. Bila diri dah bertenang dan boleh berfikir dengan baik, barulah respond dan jawab dengan baik. Pilih perkataan yang sesuai dan tidak memerli @ membuat provokasi lain. Walaupun kita tidak bersalah, tidak perlu emosi dan tidak perlu defensive. Jelaskan dengan baik dan kawal intonasi suara. Kekal tenang dan buat yang terbaik.

Nasihat saya mudah: Dalam dunia hartanah, kita akan jumpa pelbagai jenis clients; ada yang mudah dan ada yang sukar diuruskan. Dari awal proses suka provokasi dan menyalahkan ramai pihak. Handling difficult people, kita tidak boleh meletakkan diri di atas dia @ lebih pandai dari dia. Perlu belajar skill interpersonal. Bagaimana nak handle difficult client sehingga dia repeat service dengan kita. Bermaksud bukan mengagungkan dia, tapi key principle adalah BIJAK KAWAL EMOSI dan SITUASI. Merendahkan diri dan sentiasa MENCARI PENYELESAIAN. Bukan membalas-balas kata (perli-memerli @ provokasi). Be professional. Kalau nak meredakan emosi, carilah partner (husband @ wife) atau kawan yang dipercayai untuk bercerita tentang “sakit hati” dengan kelakuan clients tu😅hahahaa. Jangan melepaskan marah @ emosi tak baik kepada clients tersebut😊.

Harap ada satu point daripada sharing ni yang korang boleh ambil dan terus praktikkan.

— Kholillah

KATEGORI:

Leader Sharing

Discussion

Comments

0
Login to comment on this question.

No comments yet.

Categories
Filter